1. Faham Tema Kerja Kursus
Okay, first sekali if you all dah dapat tema untuk assignment daripada cikgu/lecturer. Korang kena faham tema tu betul-betul and teliti. Kalau korang terlepas pandang atau tak teliti dalam memahami tema yang diberi korang akan mudah untuk menyelewengkan tugasan yang diberi. Apabila tema pun korang tak faham and salah faham. Ini boleh menyebabkan tugasan korang tu something yang sia-sia bila dah habis and siap. So, kalau x faham tu kena teliti dengan betul tema tersebut and ask your cikgu/lecturer korang sampai faham okay ✌π
2. Sediakan 1 Fail Untuk 1 Kerja Kursus
Bila dah dapat task daripada cikgu/lecturer. Kena ada satu fail untuk simpan semua bahan-bahan kerja kursus. So, bila dah ada fail khas untuk simpan semua bahan. Tak la korang pening nak cari bahan-bahan bila nak siap semua kerja kursus tu.πTambahan, assignment korang pun tak bercampur dengan bahan-bahan subjek korang yang lain.
3. Catat Dan Simpan Yang Terangkan Oleh Cikgu/Lecturer
Sebelum korang mula assignment tu, mesti cikgu/lecture akan beri taklimat kan. Masa tu korang kena catat dengan teliti apa yang diterangkan tu. Kalau boleh sedia note kertas je and then buat ayat-ayat short term/ayat pendek yang korang faham. So, senang la korang catat dengan cepat semua yang cikgu/lecturer dah terangkan. Lepas catat, simpan note tu baik-baik ye adik/abang/akak dalam fail khas kerja kursus untuk rujukan semasa bagi menyelasaikan task assignment/kerja kursus korang. So, takla korang blur memanjnag masa tengah buat assignment. Sekurang-kurangnya kalau tak faham boleh rujuk note tu semula.
3. Susunan Isi Kerja Kursus Kemas Dan Cantik
Masa korang siapkan kerja kursus tu, kena la cantik dan tersusun everything yang korang siapkan. Ini untuk memastikan pemeriksa mudah faham dan tak pening bila time semak assignment korang tu nanti. As example, korang guna la font yang jelas, warna graf/bar yang sesuai dan susunan text dalam tu ada space yang buat mata korang pun sedap nak baca and pandang. So, guys kena buat betul-betul dari hati yang ikhlas okay!!
4. Penggunaan Bahasa
Ya , ni sangat-sangat penting. Bahasa yang korang guna untuk tulis assignment korang kena tepat. Jangan guna ayat yang berbunga-bunga. Kalau boleh ayat yang korang guna tu tepat dan singkat. Tak perlu la explain panjang-panjang yang boleh menyebabkan someone boleh boring and fedup bila nak baca π΄. Sebab dulu I pernah kena marah cikgu sebab suka sangat buat ayat bunga-bunga, marah tu tanda sayang okey bukan marah suka-suka.. hehehe. Lepas tu, I pun tukar ayat-ayat dalam assignment I supaya lebih tepat and tak berbunga-bunga. ππ
5. Isi Dan Bahan Kena Relevan Dengan Tema
Okey, bahagian ni mostly kadang-kadang everyone of us boleh blur. π± Mula-mula dah faham tema and then after that bila nak siapkan assignment, boleh-boleh isi dan bahan x tepat dengan assignment yang kena submit. Jadi korang kena berhati-hati semasa dalam proses untuk siapkan assignment tu. Kalau tak faham kena tanya banyak-banyak dengan cikgu/lecturer.
6. Tanya Lecturer/Cikgu
Sebelum korang mula assignment mesti cikgu/Lecturer akan bagi peluang untuk bertanyakan? So, masa tu korang kena tanya banyak-banyak supaya lebih faham. Semasa proses untuk siapkan assignment pun boleh bertanya, tapi pilih masa yang sesuai untuk bertanya. Jangan la sampai masa cikgu/lecturer tengah busy atau rehat korang terhegeh-hegeh nak bertanya. Dia pun manusia, everyone of us perlu masa untuk diri sendiri, jadi kena faham keadaan mereka juga. Kalau nak lebih baik, buat masa temu janji dengan mereka dan tanya bila masa yang sesuai. So, kerja korang senang and hati Cikgu/Lecturer pun tak pening melayan korang.
7. Tetapkan Masa
Dalam pelaksanaan tu, kena sentiasa balance masa korang. Sekurang-kurangnya tetapkan masa dalam seminggu 3 hari untuk 2 jam buat assignment atau setiap hari 1 jam atau 2 jam. So, dapat la membantu korang untuk belajar subjek lain. Tak la korang rasa setengah abad nak siapkan.
8. Jangan Tangguh
Buang sikap yang suka tangguh kerja. Kalau nak dapat A+++! kena usaha dengan gigih la guys. Setiap masa itu emas. Guna masa korang tu dengan baik supaya tak la korang pening-pening bila nak dah masa untuk submit kerja tu
9. Semak Semula
Bila dah siap assignment. Pastikan korang semak semula evrything inside that to make sure korang tiada kesalahan. Ambik masa yang panjang untuk susun dan semak semula. I yakin pasti banyak yang salah. So, kalau banyak salah masih ada peluang la untuk korang membaiki semula. Nanti mudah la untuk hantar assignment yang cantik dan tersusun. Mata cikgu/lecturer pun fresh je tengok. Oh lupa! make sure guna warna yang sesuai such as pastel untuk graf bar / border. Kalau I memang mostly guna warna pastel. Kalau ayat-ayat tu guna warna biasa je la hitam. Jadi, jangan lupa okay untuk semak semula assignment korang tu.
10. Pastikan Siap Semasa Tarikh Penghantaran
Guys! most improtant is this korang kena siap and hantar pada tarikh yang ditetapkan. Pastikan korang siap pada masa yang ditetapkan. Jangan terlebih due date okay, nanti kalau ada lecturer yang jenis suka marah. Habisla nasib korang. Tapi tolong doa-doakan la hati cikgu/lecture korang lembut. Tak la korang sedih memanjang. HAHAHHA ππ
11. Banyakkan Berdoa
After dah hantar tu, kena tawakal la. Banyakkan berdoa supaya hati pemeriksa dilembutkan. So, dengan izin tuhan inshaAllah korang dapat markah yang elok-elok. Paling penting jangan putus berdoa, minta kepada tuhan supaya kita dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segalanya. ππ
Terima Kasih! kerana luangkan masa untuk baca apa yang Izzxue share. Semoga tips ni boleh membantu adik/abang/akak untuk dipermudahkan dalam melaksanakan proses untuk persiapan kerja kursus korang semua. Semoga korang berjaya!!! GOOLUCK πππππ